Portal Rasmi

KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA

MINISTRY OF EDUCATION
MALAYSIA

Log Masuk
 

RESEARCH ACCULTURATION COLLABORATION EFFORT (RACE)


FALSAFAH

Dana RACE merupakan inisiatif baru Kementerian untuk membantu bukan Universiti Penyelidikan (Rakan RU) meningkatkan budaya penyelidikan dan seterusnya dapat meningkatkan output hasil penyelidikan. Usaha ini dapat mempercepatkan Rakan RU untuk mencapai tahap setanding dengan RU yang lain.


OBJEKTIF

  • Menghasilkan inovasi berimpak besar untuk pembangunan, kemajuan dan transformasi Negara.
  • Mentransformasi Rakan RU ke arah budaya penyelidikan menerusi usaha kerjasama RU bagi membantu mempercepatkan penghasilan juara penyelidikan (research champion).
  • Mewujudkan rangkaian kerjasama antara semua IPTA melalui program/projek penyelidikan usahasama dan perkongsian fasiliti penyelidikan.

BIDANG PENYELIDIKAN

Bidang penyelidikan meliputi bidang-bidang asas yang meliputi:

  1. Sains Tulen
  2. Sains Gunaan
  3. Sains Kesihatan dan Klinikal
  4. Teknologi dan Kejuruteraan
  5. Sains Sosial
  6. Sastera dan Sastera Ikhtisas
  7. Sains Tabii dan Warisan Negara

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Dana ini terbuka kepada kakitangan akademik (pensyarah) di Institusi Pengajian Tinggi Awam bukan Universiti Penyelidikan (Rakan RU) dengan syarat-syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Kakitangan akademik tetap (Pensyarah  Kanan, Pensyarah) Gred DS 52 dan kebawah
  • Kakitangan bertaraf kontrak, dimestikan mempunyai penyelidik  bersama bertaraf tetap mestilah warganegara Malaysia.
  • Hanya satu (1) projek penyelidikan dibenarkan untuk dipohon dan  diperaku.
  • Projek penyelidikan yang menepati garis panduan RACE perlu dikemukakan kepada sekretariat RACE melalui RMC IPT masing-masing.

KRITERIA PENILAIAN

  • Penilaian dan kelulusan sesuatu program penyelidikan akan mengikut prosedur dan terma rujukan RACE;
  • Projek penyelidikan akan dinilai oleh panel penilai yang dilantik dikalangan Universiti Penyelidikan (RU).

TEMPOH PENYELIDIKAN

1 hingga 3 tahun


Muat Turun Garis Panduan RACE
 
Dikemaskini pada 17 Okt 2014
Jumlah Capaian : 324207
Paparan terbaik : IE9 / Firefox 11 ke atas / Google Chrome
dengan resolusi 1024 x 768 dan ke atas
Hakcipta Terpelihara © 2013 MyGRANTS Hak Cipta | Dasar Privasi & Keselamatan
Dikemaskini pada : Isnin, 19 Ogos 2019  
'.Hari ini.' Hari Ini 3414
'.Semalam.' Keseluruhan 3238758