KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
MINISTRY OF HIGHER EDUCATION
MALAYSIA

SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS)

FALSAFAH

Kebanyakan hasil penyelidikan pembangunan prototaip tidak dapat dikomersialkan kerana hasil penyelidikan masih di peringkat awal. Untuk kesinambungan, Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) diwujudkan untuk membantu merapatkan jurang antara penemuan penyelidikan dan pengkomersialan bagi tujuan penciptaan teknologi baharu selaras dengan keperluan K-Ekonomi dan pelaksanaan Model Ekonomi Baru.


PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP

Dana yang diwujudkan bagi pembangunan prototaip untuk merapatkan jurang di antara penemuan makmal/penyelidikan sehingga sebelum pra-pengkomersialan. Ini termasuk pembuktian konsep (proof of concept), penilaian (evaluation), skala naik (up-scaling), ujian pra-klinikal (pre-clinical testing) dan ujian lapangan (field testing).


OBJEKTIF

Penyelidikan ini bertujuan untuk membantu merapatkan jurang antara penemuan penyelidikan dan pengkomersialan bagi tujuan penciptaan teknologi/penemuan baharu beracuan Malaysia selaras dengan keperluan K-Ekonomi dan pelaksanaan Model Ekonomi Baru.


DOMAIN PENYELIDIKAN

  • Sains Tulen dan Gunaan (Pure and Applied Science)
  • Teknologi dan Kejuruteraan (Technology and Engineering)
  • Sains Kesihatan dan Klinikal (Clinical and Health Sciences)
  • Sains Sosial (Social Sciences)
  • Sastera dan Sastera Ikhtisas (Arts and Applied Arts)
  • Warisan dan Alam Budaya (Natural and Cultural Heritage)
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Permohonan sebagai Penyelidik Utama (PI) terbuka kepada kakitangan akademik (Profesor, Profesor Madya, Pensyarah Kanan dan Pensyarah) di Universiti Awam, Universiti Swasta, Kolej Universiti Swasta dan Universiti Cawangan dan mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana;
  • Penyelidik Utama (PI) dimestikan mempunyai sekurang-kurangnya seorang (1) penyelidik bersama warganegara Malaysia bertaraf tetap yang mempunyai kepakaran yang sama dan dari Institusi yang sama.
  • Ketua Penyelidik bukan warganegara Malaysia dibenarkan untuk memohon dengan syarat mestilah mempunyai penyelidik bersama warganegara Malaysia bertaraf tetap dalam bidang kepakaran yang sama dan dari Institusi yang sama.

KRITERIA PENILAIAN

Geran yang dipohon mestilah melibatkan penghasilan salah satu perkara berikut:

  1. Cadangan penyelidikan yang dipohon mestilah melibatkan penghasilan salah satu perkara berikut:-
    • Pembuktian Konsep (Proof of Concept);
    • Penilaian (Evaluation);
    • Skala Naik (Up-scaling);
    • Ujian Pra-Klinikal (Pre-clinical Testing); atau
    • Ujian Lapangan (Field Testing)
  2. Prototaip yang memberi impak kemanusiaan dan kemasyarakatan bagi tujuan peningkatan nilai kehidupan dalam negara dan sejagat; atau
  3. Prototaip yang berpotensi untuk menjana industri berasaskan ilmu/pengetahuan baharu; atau
  4. Prototaip yang berpotensi yang menyumbang kepada agenda strategik negara.

SILING PERUNTUKAN

Peruntukan yang dipohon hendaklah tidak melebihi siling yang telah ditetapkan iaitu RM500,000.00.


TEMPOH PENYELIDIKAN

Tempoh penyelidikan adalah antara satu (1) tahun atau dua (2) tahun sahaja.


 
Dikemaskini pada 12 Jul 2021
Jumlah Capaian : 462516
Statistik Daftar Masuk
'.Hari ini.' Hari Ini 439
'.Semalam.' Keseluruhan 4460107
Sabtu, 16 Oktober 2021
Hak Cipta Dasar Privasi & Keselamatan
Hakcipta Terpelihara © 2013 MyGRANTS