KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
MINISTRY OF HIGHER EDUCATION
MALAYSIA

Info MyGRANTS

Info MyGRANTS > Pengenalan

Pengenalan MyGRANTS


Projek Malaysia Greater Research Network System (MyGRANTS) merupakan inisiatif BKPI dalam usaha untuk meningkatkan kecemerlangan penyelidikan negara dengan membangunkan dan menyediakan sebuah sistem pengurusan geran-geran penyelidikan secara dalam talian. Penggunaan MyGRANTS telah memudahkan pengurusan dan pelaksanaan Dana Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi (DP KPT) yang lebih teratur, cekap dan berkesan.


Portal MyGRANTS diwujudkan bagi membantu penyelidik mendapatkan maklumat tambahan berkaitan kerja-kerja penyelidikan. Platform ini membantu penyelidik mendapatkan akses kepada maklumat terkini berkaitan DP KPT seperti pembukaan permohonan, garis panduan dan maklumat penyelidikan.


Sistem MyGRANTS telah dibangunkan bertujuan untuk mengurus pelaksanaan dan pemantauan projek/program penyelidikan merangkumi pengurusan permohonan, penilaian dan pemantauan semua geran penyelidikan di bawah DP KPT. Pembangunan sistem ini membolehkan pihak KPT melaksanakan agenda pemerkasaan penyelidikan dengan cekap dan berkesan melalui kerangka kerja dan penyimpanan data yang sistematik.


Antara fungsi-fungsi MyGRANTS ialah:

  1. Menyediakan platform untuk hebahan pembukaan permohonan geran DP KPT;
  2. Memberi kemudahan kepada penyelidik untuk memohon pelbagai jenis geran penyelidikan yang ditawarkan di bawah DP KPT secara dalam talian;
  3. Pelaksanaan penilaian permohonan di peringkat institusi dan di peringkat Kementerian secara dalam talian;
  4. Hebahan dan makluman keputusan secara dalam talian; dan
  5. Pemantauan projek-projek yang telah diluluskan merangkumi pelaporan pencapaian carta perbatuan berdasarkan garis masa yang dirancang, prestasi perbelanjaan, pencapaian output projek berbanding sasaran serta outcome dan impak penyelidikan.
 
Jumlah Capaian : 402222
 
Statistik Daftar Masuk
'.Hari ini.' Hari Ini 148
'.Semalam.' Keseluruhan 4929342
Sabtu, 03 Disember 2022
Hak Cipta Dasar Privasi & Keselamatan
Hakcipta Terpelihara © 2013 MyGRANTS