Portal Rasmi

KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA

MINISTRY OF EDUCATION
MALAYSIA

Log Masuk
 

DANA PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN (RAGS)


FALSAFAH

Dana Pembudayaan Penyelidikan (RAGS) ialah dana tunas yang bertujuan untuk membudayakan penyelidikan di kalangan penyelidik muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bukan Universiti Penyelidikan (Rakan RU) sebagai persediaan untuk membangunkan prestasi penyelidikan supaya dapat berdaya saing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Dana RAGS ini akan mengikuti garis panduan FRGS yang sedia ada dari segi definisi penyelidikan fundamental, bidang penyelidikan, kaedah permohonan, kriteria penilaian, pemantauan dan hasil penyelidikan.


BIDANG PENYELIDIKAN

Bidang penyelidikan meliputi bidang-bidang asas yang meliputi:

  1. Sains Tulen
  2. Sains Gunaan
  3. Sains Kesihatan dan Klinikal
  4. Teknologi dan Kejuruteraan
  5. Sains Sosial
  6. Sastera dan Sastera Ikhtisas
  7. Sains Tabii dan Warisan Negara
  8. Teknologi Maklumat dan Komunikasi

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Dana ini terbuka kepada kakitangan akademik (pensyarah) di Institusi Pengajian Tinggi Awam bukan Universiti Penyelidikan (Rakan RU) dengan syarat-syarat berikut:

  • Mempunyai pengalaman sebagai ahli akademik tidak melebihi lima (5) tahun atau gred 52 ke bawah.
  • Mestilah Warganegara Malaysia.
  • Pensyarah tetap di IPTA.
  • Hanya satu (1) projek penyelidikan dibenarkan untuk dipohon dan diperaku.
  • Pensyarah sedang cuti belajar tidak dibenarkan untuk memohon dan menjalankan penyelidikan.

KRITERIA PENILAIAN

  • Penyelidikan yang dipohon mestilah merupakan penyelidikan yang dapat menghasilkan suatu idea/teori/konsep/kaedah/model/proses baru; dan
  • Penyelidikan yang dapat menambahbaik sesuatu polisi, metodologi dan model penyelesaian yang sedia ada; atau
  • Penyelidikan yang merangkumi isu-isu kemanusiaan dan kemasyarakatan bagi tujuan peningkatan nilai kehidupan dalam Negara dan sejagat; atau
  • Penyelidikan yang berpotensi untuk menyumbang kepada agenda strategik negara.

TEMPOH PENYELIDIKAN

1 hingga 2 tahun


Muat Turun Garis Panduan RAGS
 
Dikemaskini pada 14 Jul 2015
Jumlah Capaian : 333401
Paparan terbaik : IE9 / Firefox 11 ke atas / Google Chrome
dengan resolusi 1024 x 768 dan ke atas
Hakcipta Terpelihara © 2013 MyGRANTS Hak Cipta | Dasar Privasi & Keselamatan
Dikemaskini pada : Sabtu, 16 November 2019  
'.Hari ini.' Hari Ini 143
'.Semalam.' Keseluruhan 3419859